Assalamualaikum…Salam
Ramadhan yang ke 22..kejap je masa dah pun masuk fasa ketiga bulan
ramadhan..maksudnya kita dah pun masuk fasa yang terakhir..Fasa di mana orang
berebut-rebut nak buru lailatul qadar bagi sesiapa yang sangat faham dan tau
betapa besar fadhilatnya.. J
Okay, kembali pada
tajuk entry..Haaaa…tengok tajuk macam dah suspend kan? Berteka-teki seribu
ratus kali..haha..Mengandung ke tak ni sebenarnya?hihi..
Sebenarnya Syida
saje la rase nak cek atau nak buat test air kencing guna UPT (Urine Pregnancy Test)..Tak tau la sebab
kenapa rase nak buat ujian air kencing ni..Tiba-tiba je rasa nak buat..Naluri
seorang ibu jugak ke macam ni?hehe..
UJIAN AIR KENCING - MENGANDUNG KE TAK NI SEBENARNYA? |
Padahal belum pun
delay lagi period Syida ni..sebab Syida punya average cycle 35hari..tapi ade je
kadang-kadang jadi 28 hari kitaran haid Syida..dan ada jugak jadi sampai 55
hari tau..tak tentu sebenarnya..
Bila Syida cek,
keluar la double line..dalam hati, eh….betul ke ni? Boleh percaya ke?
Mengandung ke tak ni sebenarnya? Syida buat ujian air kencing ni masa 2 hari
lepas..
Pastu untuk dapatkan
kepastian, Syida pun pergi lah klinik.. Syida pergi klinik Sofea Puchong sebab
itulah klinik yang paling dekat dengan rumah.. lagi satu klinik ni memang buat ultrasound
ibu mengandung..Masa mengandungkan anak pertama si Razin pun, Syida selalu ke
klinik ni.. J
Doktor cakap, kalau
nak scan ni, belum nampak lagi sebab terlalu awal..Jadi doctor sarankan buat
ujian air kencing dulu..So Syida buat lah ujian air kencing lagi sekali di
klinik..Gagah la Syida angkut Razin skali gi klinik dan masuk tandas sama-sama..haha..maklumlah
pergi klinik dengan anak je..hihi
Bila buat ujian air
kencing kat klinik, tak de pulak dia nak keluar dua line tu.. satu line je nampak..aduyai!
dah confius ni..haha..Doktor cakap dengan Syida, “1 line je ni.. Tak pe la,
saya bagi awak tarikh untuk buat checkup lagi sekali kalau period masih tak
datang ye..”
Doktor pun tulis kat
kertas untuk next appointment iaitu 5 Julai 2017..Syida punya lah tak tau nak
kata kan, on da way balik dari klinik, Syida singgah farmasi plak gi beli UPT
lagi..Syida beli sampai 3 UPT..
Balik rumah cek lah
lagi..2 UPT syida guna dan kedua-duanya naik 2 line..alahai, makin kompius la
ibu Razin..Agaknya mengandung lah ni kut..Tapi bila Tanya kat kawan Syida, ada
gi dia cakap, orang yang dekat-dekat nak period pun ade hormon ibu
mengandung..alamak!
Bila kawan Syida
cakap macam tu lagi lah tertanya-tanya Syida ni..Mengandung ke tak ni
sebenarnya? Kalau nak kepastian, tunggu je la appointment yang doktor dah
setkan tu..dan tunggu je la kut-kut ada datang period kan..hehe..
Sekarang ni Syida
rase letih lebih sikit..lepas je berbuka pause dan lepas solat magrib dan-dan
Syida tertido..pastu bila menyusukan Razin rasa lain macam..rasa geli dan rasa
tak selesa..Razin sekarang dah nak masuk 3 tahun dah sebenarnya..tapi belum
berjaya wean off lagi..
Selain tu ade gak la
rase mual..tapi sekali je la..bila makan telur puyuh rasa nak muntah..Emosi
kurang stabil..ade yang tak kena sikit mula la air mata nak keluar..Perut kadang-kadang
rasa gatal..
Haaaa…kalau tengok simptom-simptom
ni, Syida pun alami jugak masa dekat-dekat nak period kecuali part perut rasa
gatal..So, Syida lagi la tak pasti betul ke tak tengah mengandung..hehe..
Tu yang terkeluar
soalan “Mengandung ke tak ni sebenarnya?” J dalam masa yang sama
Syida duk makan dengan konsisten vitamin untuk ibu hamil..antaranya, Vitalea, B
complex, Vitamin C, Ostematrix, Energizing Soy Protein (ESP), Peppermint Ginger Plus.
Nanti Syida update
lagi ye..doakan Syida jugak tau..tenkiuu sudi baca story mory Syida ni..
Assalamualaikum..selamat
berpuasa!
Nurul Syahida (Syida)
013 921 2767
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
COD Puchong Utama
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
COD Puchong Utama
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Yeayyy mengandung sebenarnya kannn Alhamdulillah tahniahh syida!
ReplyDeleteyeayyy...Alhamdulillah...dah masuk 3 bulan daaa..terima kasih nad! :*
ReplyDeletealhamdulillah . anak bawak rezeki besar;)
ReplyDeleteAlhamdulillah Kekna...aamiin..terima kasih :)
Delete