Wednesday, 19 August 2015

Air Nabeez minuman sunnah Rasulullah

Assalamualaikum semua! :) hari ni Syida nak tambah info tentang air nabeez kat blog Syida ni untuk rujukan Syida di masa hadapan dan juga untuk tambahan ilmu kepada pembaca jugak...hehehe..

Pernah dengar tak tentang air nabeez ni? Syida tak pernah dengar pun sebelum ni tapi tahu la apa itu sebenarnya air nabeez...cumanya tak pernah tau pulak itulah namanya...

Air nabeez ialah minuman sunnah yang mempunyai banyak khasiat..Rugi sangat lah kalau tak pernah buat atau tak nak buat kerana bagi Syida dalam masa yang sama kita juga boleh dapat pahala jika sekiranya kita buat dan niat mengikut sunnah nabi kita Muhammad S.A.W.

Air nabeez ialah minuman beralkali, mampu membantu membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan serta menyingkirkan bahan-bahan toksid dari badan. Dalam ertikata lain - sebagai detox!! (macam yang kita sering nampak orang buat detox guna lemon tu..femes sangat kan.. tapi guna kurma lagi bagus la kan...ikut sunnah)

Air nabeez tinggi dengan kandungan fiber, membantu sistem penghadaman, dan menguatkan daya ingatan. Air nabeez juga membantu sitem limpa, hati, tekak, melapangkan dada dan bagus untuk prostate. Sebab tu kaum lelaki amat digalakkan amalkan air nabeez. Juga bagus untuk pesakit Arthritis dan pesakit Gout ~ kerana air nabeez membantu meneutralkan kandungan uruk asid dikalangan pesakit Gout.

Cara penyediaan air nabeez ni sangatlah mudah. Selepas isya', rendam kira-kira 100gm kurma/100gm kismis di dalam 1 liter air. Kurma ajwa adalah yang terbaik, tetapi boleh juga gunakan kurma-kurma yang lain. Kalau kismis, mannaqa (warna kuning) lebih baik dari yang hitam. 

Syida gunakan 3 biji kurma atau segenggam kismis untuk segelas air. Kalau kurma lebih baik angka ganjil. Biasanya kismis pun Syida kira angka ganjil jugak. :) Tutup gelas tersebut dan biarkan semalaman atau kira-kira 12 jam. Guna air biasa je, bukan air panas. Lagi satu jangan di campur kismis dan kurma. Gunakan salah satu sahaja.

Esok pagi, keluarkan kurma tu, kaau dan minum. Kurma tu boleh di makan begitu sahaja atau dikisar dengan air nabeez tadi dan di minum. Kalau nak minum malam boleh rendam waktu pagi. Minum sebaik-baiknya selepas makan bukan time perut kosong. Lebih baik 2 jam selepas makan terutamanya selepas makan daging. 

Tapi ingat ya, dilarang meminum air rendaman kurma/kismis yang melebihi 2-3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma/kismis yang dibiarkan melebihi 2-3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula dan air rendaman kismis/kurma itu sedang dalam proses menjadi arak dan haram diminum. Untuk lebih selamat, simpan dalam peti sejuk agar air nabeez tidak mudah rosak.


Air nabeez ini juga boleh diubahsuai dan ditambah dengan susu atau yogurt untuk dijadikan smoothie jugak. Tapi kalo buat dengan air susu, seeloknya letak dalam peti ais kerana takut susu rosak dibiarkan semalaman di luar. Atau rendam sikit kurma tu dalam air masak. Esok nak minum baru tambah dengan susu dan goncang-goncang sikit bagi "mesra".


"Abdullah r.a berkata; aku mendengar Sufyan bertanya tentang nabeez, nabi menjawab; buatlah di malam hari dan minum ketika pagi" 
Hadis sahih dari Sunan an Nasa'ai vol.6, buku 51, Hadith 5745

Abu Qatada r.a meriwayatkan bahawa ayahnya mendengar nabi berkata; Jangan menyediakan nabeez dengan mencampurkan kurma separuh masak dengan kurma yang telah masak bersama-sama, dan jangan mencampurkan anggur (kismis) dan kurma bersama tetapi hendaklah dilakukan secara berasingan.
Sahih Muslim Book 23 Hadith 4904

Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa nabeez yang disediakan untuk nabi SAW akan diminum oleh baginda pada hari tersebut, sehari selepasnya dan sehari berikutnya. Pada petang hari ketiga, baginda akan minum dan memberi kepada sahabatnya. Baki air tersebut akan dibuang.
Sahih Muslim Book 23 Hadith 4974









p/s: air nabeez versi Syida...nampak tak kurma dan susu kat dalam botol tu..:) next entry Syida review air nabeez yang Syida buat pulak ya... :)








Sekian... :)



Siapa-siapa yang nak order atau nak tau pasal Shaklee bolehlah contact Syida ya..:)

Syida
013 921 2767
Pengedar Shaklee yang sah dan KOMITED!

12 comments:

  1. Bestnye pagi2 beresp ngan kurma.. Sihat tubuh badan..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best wawa..lagi-lagi macam Syida si ibu menyusu ni..EPS dengan kurma sangatlah membantu banyakkan susu tau.. :)

      Delete
  2. 1st time dengar, ala, tak cerita pun tentang khasiat dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nanti boleh la CP buat jugak kan...:) untuk khasiatnya:

      Air nabeez ialah minuman beralkali, mampu membantu membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan serta menyingkirkan bahan-bahan toksid dari badan. Dalam ertikata lain - sebagai detox!! (macam yang kita sering nampak orang buat detox guna lemon tu..femes sangat kan.. tapi guna kurma lagi bagus la kan...ikut sunnah)

      Air nabeez tinggi dengan kandungan fiber, membantu sistem penghadaman, dan menguatkan daya ingatan. Air nabeez juga membantu sitem limpa, hati, tekak, melapangkan dada dan bagus untuk prostate. Sebab tu kaum lelaki amat digalakkan amalkan air nabeez. Juga bagus untuk pesakit Arthritis dan pesakit Gout ~ kerana air nabeez membantu meneutralkan kandungan uruk asid dikalangan pesakit Gout.

      ada kat dalam entry syida kat atas tu...hehe..mungkin CP tak perasan kut... :)

      Delete
  3. Tenkiu syida..rendaman 1 malam tu masuk peti ais tak..ke tak perlu kalau guna air putih je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama ena...kalau rendam dengan air putih satu malam je tak yah masuk peti sejuk pun tak pe tapi janji bekas kene lah bertutup..jangan pulak terdedah..nanti kan ade pulak makhluk Allah yang lain berminat dengan air nabeez ena tu..hehe

      Delete
  4. Baru tau namanya Nabeez. Thanks Syida.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syida pun sama baru tau namanya air nabeez...hehe..sma-sama kita hidupkan balik sunnah nabi kita...in shaa Allah..:)

      Delete
  5. ooo first time dengar air nabeez...tq yer! :)

    ReplyDelete

Followers

sila klik kat sini ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
CK Free Auto Backlink\ SEO-Ping Check Page Rank Backlink - OhDunia.my Active Search Results