Wednesday, 13 September 2017

10 Pengetahuan Penting Berkenaan Susu Ibu Perahan



Tambahkan pengetahuan anda dengan mengetahui serba sedikit ilmu berkaitan susu ibu perahan dan amalan mengepam payudara yang perlu dilakukan semasa dalam tempoh berpantang sebelum kembali memulakan kerja.


1. Sebagai persediaan semasa berpantang, bilakah patut saya mula pam payudara?

2 minggu selepas kelahiran bayi, anda sudah boleh mula mengepam payudara bagi mengumpul stok perahan susu ibu yang akan digunakan apabila mula bekerja kelak.


2. Bilakah masa yang sesuai untuk pam susu jika saya bekerja dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang?

Dalam tempoh anda bekerja dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang, pastikan sebelum jam 12 tengahari, telah berlaku satu kali sesi perahan. Kemudian, sebelum jam 5 petang pula, pastikan berlaku sesi perahan.


3. Mengapa kadangkala susu perahan saya cair?

Susu perahan berkeadaan cair kerana banyak faktor. Salah satu faktornya ialah melibatkan cuaca. Apabila cuaca panas, susu sememangnya akan sedikit cair. Hal ini berlaku kerana ia dapat menghilangkan dahaga bayi.


4. Apakah benar penggunaan pam payudara akan mengganggu pengeluaran susu ibu?

Ya benar. Pengggunaan pam payudara sedikit mengganggu proses pengeluaran susu ibu. Hal ini terutamanya jika berlaku keberganetungan pada pam payudara melebihi sesi penyusuan ibu.


5. Apakah cara terbaik pemberian susu perahan?

(gambar sumber dari google)

Cara terbaik pemberian susu perahsn ialah dengan menggunakan cup feeding. Penggunaanya diperlukan untuk membantu bayi daripada mengalami masalah kekeliruan antara putting susu botol dengan putting payudara ibu.


6. Bagaimana cara menyimpan susu ibu perahan sepanjang berada di pejabat?

Cara menyimpan susu ibu perahan sepanjang berada di pejabat ialah dengan menggunakan beg pendingin atau ice box.


7. Berapa lama susu perahan dapat bertahan jika di simpan di dalam botol dan disejukkan di dalam beg pendingin?

Secara umumnya tujuh hingga 12 jam. Namun, hal ini bergantung kepada pek ais yang berada di dalam beg pendingin itu.


8. Perlu atau tidak susu perahan di simpan di dalam bahagian dingin beku peti ais semasa di pejabat?

Ya, itu adalah perlu. Lebih-lebih lagi jika kelengkapan tersebut ada di pejabat.


9. Kenapakah saya perlu pam juga selepas 20 minit walaupun ketika itu tiada lagi titisan susu yang keluar?

Amalan ini perlu dilakukan kerana ia menggalakkan pecutan susu di mana ia akan memberi petunjuk kepada otak bahawa susu masih diperlukan dalam amaun yang lebih banyak lagi.


10. Mengapa perlu ada jadual mengepam. Bagaimanakah jika saya tidak mengikutinya?

Anda perlu ada jadual mengepam agar sentiasa tahu dan peka bila waktu yang sepatutnya anda perlu melakukan perahan susu.

Hal ini penting agar payudara tidak membengkak ketika bayi tidak berada di sisi.

Jika tidak mengikuti jadual yang sepatutnya diikuti, berkemungkinan besar susu ibu akan sedikit terjejas pengeluarannya di mana, akhirnya turut boleh emosi anda sendiri.


Antara tanda payudara anda betul-betul kosong selepas sesi mengepam ialah apabila picitan dilakukan di sekitar aerola, susu yang keluar meleleh di tepi payudara. Namun, jika anda picit dan susu masih memancut, maka itu petunjuk payudara belum kosong sepenuhnya.

Info : Majalah Pa&Ma (Siti Asmah Moin, Pengerusi Kumpulan Sokongan Susu Ibu Pahang)

Anda berminat dengan Set Menyusu Shaklee?




Hubungi kami jika anda berminat dengan Set Menyusu Shaklee untuk kami bantu anda membuat keputusan :)

Nurul Syahida (Syida)

013 921 2767
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
COD Puchong Utama

Pengeposan ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment

Followers

sila klik kat sini ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
CK Free Auto Backlink\ SEO-Ping Check Page Rank Backlink - OhDunia.my Active Search Results