Wednesday, 17 January 2018

Kekal Aktif Dengan Omega-3





Sendi adalah sambungan antara dua tulang yang membolehkan anda memusingkan kepala, membengkokkan siku, menggerakkan pinggul, berjalan, melompat, dan melakukan perkara lain yang anda ingin lakukan. 


Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, terdapat sedikit kesakitan dan keperitan yang mungkin boleh menjejaskan kehidupan anda dan menyebabkan aktiviti harian tidak selesa. 

Berita baik! 

Omega-3 terkenal dengan manfaat kesihatan dan kebaikannya untuk sendi yang sihat seperti:


Menangani keradangan

Keradangan adalah penyebab utama sakit sendi. 

Ia boleh menjejaskan sendi anda menyebabkan ia menjadi merah, bengkak dan sakit. Omega-3 didapati berkesan untuk menangani keradangan dengan: 

- Membantu mengurangkan pengeluaran eikosanoid dan cytokine yang menyebabkan degradasi rawan1 serta mengakibatkan kesakitan pada sendi. 

- Mengurangkan pengeluaran tandatanda keradangan yang menyebabkan keradangan.


Menggalakkan pergerakan dan kelenturan sendi.

Omega-3 bergabung bersama sel yang menghasilkan rawan sendi dan ianya membantu mengawal proses biasa untuk mengekalkan ketebalan tulang rawan pada sendi anda, bagi menghasilkan pergerakan dan kelenturan sendi yang lebih baik.


Membantu mengurangkan kekejangan sendi, bengkak dan sakit
Oleh kerana fungsinya yang hebat dalam mengawal keradangan, Omega-3 didapati berupaya membantu mengurangkan kesakitan, kekejangan dan bengkak pada bahagian sendi.


Bertindak sebagai pelincir sendi
Pelincir sendi dihasilkan secara semulajadi oleh sel pelincir tertentu pada sendi anda. 

Omega-3 juga: 

- Umpama seperti pelincir yang dipanggil cecair sinovial yang melindungi dan melincirkan sendi. 

- Membolehkan pergerakan sendi yang selesa. 

- Membolehkan sendi yang sakit dan berkeriut bergerak dengan bebas.


Jika anda inginkan pergerakan yang selesa dan lancar, pertimbangkan pengambilan asid lemak Omega-3 sebagai sebahagian daripada diet harian anda.

Semoga info tentang Kekal Aktif Dengan Omega-3 bermanfaat untuk anda..

Kalau nak tau lebih lanjut tentang Omega Guard atau nak cuba Omega Guard ni, boleh hubungi kami:


Your Certified Shaklee Product Consultant:

Pengedar Vivix Puchong Utama
ID: 1113081Nurul Syahida (Syida) (0139212767)
Direct Wassap:
https://www.wasap.my/60139212767
COD Puchong Utama serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment

Followers

sila klik kat sini ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
CK Free Auto Backlink\ SEO-Ping Check Page Rank Backlink - OhDunia.my Active Search Results