Rahsia Cermin Ajaib

RAHSIA CERMIN AJAIB (RCA)

Korang pernah dengar tak ape benda RCA ni?😁 Kalau dalam team bisnes Syida boleh dikatakan setiap hari mentor ingatkan buat RCA ni tau..

RCA ni kita berdiri depan cermin dan cakap benda-benda positif atau apa doa yang kita nak depan cermin..Biasanya buat pagi-pagi la..😄


I am powerfully positive in everything I think, do and say

Sebenarnya bila cakap depan cermin ni macam kita bagitau sel-sel badan kita untuk menuju dan bergerak ke arah apa yang kita bagitau kat diri kita..

Macam mana nak jadikan RCA tu berjaya;

1. Puji diri sendiri contoh " Saya adalah seorang pengedar Shaklee yang berjaya dan dapat bantu ramai orang"


Selain tu korang boleh gak sebut benda-benda lain contohnya:
  • Aku hebat
  • Aku adalah seorang ibu yang tenang
  • Aku adalah seorang ibu yang penyabar
  • Aku adalah seorang isteri yang baik dan hebat seperti yang suami impikan
  • Aku adalah seorang anak yang hebat dan menjadi saham dunia akhirat untuk mak abah
  • Aku adalah seorang wanita yang menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan menyenangkan semua orang

2. Sebut impian kita..Cara sebut tu mesti past tense seolah2 kita dah pun capai apa yang kita nak😊😊

Contohnya; Alhamdulillah hari ni saya dapat sale RM10,000. Alhamdulillah saya dapat customer yang baik dan senang berurusan.

Mesti sebut dengan confident dan seperti dah pun kita dapat apa yang kita sebut tu.. Sebut sekali dengan ekspresi muka yang gembira dan bayangkan macam mana reaksi kita dapat sale tu..Macam tu la kita tunjukkan ekspresi muka kita masa cakap depan cermin. :)

3. Doa.. Doa baca depan cermin..

Contohnya; "Ya Allah, bukakanlah hati anak-anak bisnes ku, anak-anak Shaklee ku untuk buat bisnes dengan lebih serius. Ya Allah, bukakanlah hati suamiku untuk support 500% untuk aku buat bisnes dengan lebih gembira. (contoh doa ye)

4. Visualise dan bayangkan macam mana keadaan kita masa kita dah capai apa yang kita nak tu..

Bila kita sebut apa yang kita nak depan cermin tu, kita kene feel macam kita dah dapat dah pun. Kita punya senyum masa depan cermin sama macam kita dapat apa yang kita nak tu.

Contohnya; Bayangkan MasCel (Master Celebration). Bayangkan tengah pakai baju apa, lagu apa dimainkan masa dalam dewan, kita tengah cakap apa, macam mana orang-orang yang kita sayang react bila kita berjaya.


Info: Masa yang paling bagus untuk buat Self Affirmation pulak ialah sebelum kita tidur.

Sebab waktu sebelum kita tidur adalah waktu minda kita dibawah sedar..Maksudnya waktu minda kita tengah mamai. 

Diri kita sebenarnya lebih banyak bertindak mengikut minda bawah sedar kita berbanding minda sedar kita...Haaaa...jadi...sebelum tidur tu

  • Fikir benda-benda yang baik daripada fikir benda-benda yang tak berfaedah pun. Kerana waktu ni minda bawah sedar kita sedang bekerja. Minda bawah sedar kita yang kuat adalah sebelum tidur.
Macam mana? Bestkan ilmu rahsia cermin ajaib ni.. Sebenarnya cermin tu tak ajaib pun tapi apa yang kita fikir dan percaya tu lebih power..:)

Kalau korang rasa bermanfaat ilmu ni, boleh lah try buat dan amalkan..

Pastu boleh lah share kat orang lain jugak supaya orang lain pun dapat manfaat..tak perlu mintak izin pun tak pe⚘😄

Selain tu korang boleh gak baca pasal rahsia cermin ajaib dalam buku ni..Syida dapat buku ni dari salah seorang sahabat Syida dalam team Shaklee Syida jugak..

Menjejak Rahsia Ajaib Untuk Berjaya

Nak jadi salah seorang dari team kami? jum-jum!

Hubungi kami jika anda berminat nak sertai team kami.. :)


Nurul Syahida (Syida)

013 921 2767
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
COD Puchong Utama

4 Comments

Post a Comment
Previous Post Next Post