Monday, 18 September 2017

Blogging Untuk Long Term Survival




Syida pernah masuk kelas yang bertajuk "Blogging Untuk Long Term Survival" ni..Syida belajar dengan sifu Nadiah Suhaidi di kelas Maestro Elite..


Master Nad ni terror sangat aih ber'blogging'..Korang boleh intai blog cantik master Nad ni di
http://www.sihatcomelceria.com/

I is super dupper jeles lak rasanya ni haaa...😝😝

Blog ni bagi seorang peniaga online macam Syida ibarat sepohon pokok..kene baja setiap hari, kene sembur Basic H sokmo supaya takde parasit, kene siram sentiasa, kene letak pagar, supaya at the end hasil dari pokok tu sangat-sangat berkualiti...githew! (Sila sebut macam kak lina pom pomπŸ˜—)

Syida share dengan korang 12 Kelebihan berblog ni;

1. Mudah nak cari (Searchable)
2. Sekali publish, selamanya ada kat blog
3. Boleh tulis panjang-panjang
4. Boleh customize ikut citarasa kita
5. Boleh letak form
6. Tak perlu produk fokus-boleh baham semuanya😍
7. Cukup sekadar post 1 kali sehari je
8. Boleh set masa untuk update entry
9. One stop centre
10. Tulis sekali, boleh guna selamanya
11. Tak perlu softselling
12. Tak perlu menonjol

Waaahhh bestnya😱😱 semangat balik nak update blog Syida ni.. 😎😎

Nak tanam pokok yang gemuk2 la..tua-tua nanti nak berteduh..😊😊

Selain tu Syida ada gak blajar "Tips pantas naikkan ranking blog dalam carian google"..

Jum baca lagi kalau nak tahu macam mana caranya.. :)


Tips Pantas Naikkan Ranking Blog Kita Dalam Carian Google (SEO)

1. Gunakan keyword yang orang akan search dan keyword tu kita guna berkali-kali dalam entry kita.

2. Konsisten. Wajib update setiap hari supaya kita menampakkan blog kita kat google yang blog "hidup".

3. Letakkan link dalam blog kita. External link - link dari blog atau sumber lain selain blog kita. Internal link - link dari blog kita sendiri

4. Jangan letak entry terlalu pendek. (at least 300 patah perkataan)

5. Blogwalking - Jalan-jalan ke blog orang lain dan tinggalkan jejak di blog mereka. Maksudnya kita komen dekat entry blog orang lain. Letak sekali link ke blog kita waktu kita komen tu pada contact (nama, link). 
Lagi banyak kita jalan blog orang lain, lagi banyak kita komen kat blog orang lain, lagi banyaklah link bpog kita wujud. Boleh jugak kita letak link blog kita di Instagram, Facebook, Facebook Page dan sebagainya.

Semoga sedikit ilmu blog yang Syida share kat sini dapat bantu korang berblog macam Syida jugak.. :)


Nak jadi salah seorang dari team kami? jum-jum!

Hubungi kami jika anda berminat nak sertai team kami.. :)


Nurul Syahida (Syida)

013 921 2767
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
COD Puchong Utama



No comments:

Post a Comment

Followers

sila klik kat sini ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
CK Free Auto Backlink\ SEO-Ping Check Page Rank Backlink - OhDunia.my Active Search Results