Thursday, 8 October 2015

Kisah Penjual Rojak

Assalamualaikum dan selamat pagi..hari ni Syida nak share cerita yang sungguh menyentuh hati dan bagi Syida sangat bagus di baca dan dikongsikan..

Cerita ini Syida dapat dari seorang sahabat bisness Shaklee Syida..terima kasih padanya atas perkongsian dan semoga sahabat-sahabat syurga Syida mendapat manfaat dunia dan akhirat di atas perkongsian ini.. in shaa Allah.. :)

====================================================================

Di satu kawasan pedalaman di Indonesia, tinggal seorang penjual rojak bersama keluarganya. Setiap hari dia menjual rojak di pasar, Namun disebabkan kedaifannya, dia tidak mampu membeli kenderaannya sendiri. Jadi setiap hari, sebuah lori akan datang mengangkut penjaja-penjaja yang tidak mempunyai kenderaan untuk ke pasar, termasuk si penjual rojak itu. Lori tersebut akan menjemput penjaja-penjaja ini di satu tempat yang telah dipersetujui oleh mereka. 

Oleh kerana rumah penjual rojak ini jauh ke dalam, jadi dia terpaksa berjalan kaki lebih kurang setengah jam sebelum sampai di tempat menunggu lori, Menyusuri paya dan semak samun sudah menjadi rutinnya sebelum berjualan. 

Pada satu hari dia terlewat dari jadual kebiasaannya untuk ke luar dari rumah dan mendapatkan lori. Dia tergesa-gesa sehingga memaksanya berlari sambil membawa rojaknya, bimbang ketinggalan lori. Sampai di satu kawasan berpaya, dia terlanggar batu lalu tergelincir dan terjatuh ke datam paya. Kuah kacang dan bahan rojaknya jatuh habis sebahagiannya bertaburan di tanah,sebahagian lagi masuk ke datam paya. 

Dia yang melihat kejadian tersebut menangis sekuat hati, kerana sangat kecewa tidak dapat melakukan jualan pada hari tersebut. Kakinya luka teruk, perlahan-lahan dia bangun dan pulang dengan perasaan yang hampa. 

Sepanjang perjalanan pulang, dia tidak habis- habis mengomel sendirian sambit mengatakan, mengapa Allah mengujinya sebegini? Tidak kasihankah Allah kepadanya yang ingin mencari rezeki untuk keluarganya? 

Sampai di rumah, dia mengomel lagi. Dia tidak dapat melakukan apa-apa kerana luka di kakinya membataskan pegerakan, Tiba-tiba pintu rumahnya di ketuk kuat, Dia bingkas bangun kerana merasakan ada satu kecemasan, Dilihat seorang kawannya berdiri di muka pintu sambit mulutnya terlopong kehairanan.

Kawan : Mengapa kau ada di rumah? Engkau sepatutnya ke pasar? 
Penjual Rojak : Ya, tetapi aku terjatuh tadi. Semua barang jualanku jatuh, tak dapat dijual. maka aku pulang ke rumah. Mengapa engkau ke mari? Kau kelihatan sungguh cemas.

Kawan :  Aku ke mari sebenamya ingin memberitahu isterimu mengenai satu perkhabaran. Lori yang selalu kau naiki untuk menghantarmu ke pasar terbabit dengan kemalangan kerana bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan. Semua penjaja meninggal di tempat kejadian. Syukur kepada Allah, kau 
selamat daripada musibah besar ini. Aku ingatkan kau bersama dengan mereka. 
Penjual Rojak : MasyaAllah, Allahu Akbar! 

Penjual rojak itu menyesal dan meminta ampun daripada Allah atas sikapnya yang menyalahkan Allah ketika menerima ujian. Sedangkan ujian itu menyelamatkannya daripada satu musibah besar. Inilah yang dikatakan hikmah pada satu kejadian.

Petikan dari buku Anak DIdik connect dengan Allah.

With love,

Syida si penjual Shaklee
013 921 2767

2 comments:

  1. Cerita yg mengandungi pengajaran yg hebat..

    Wahh gmbaar rojak tu xtahan tu.hehe

    ReplyDelete

Followers

sila klik kat sini ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
CK Free Auto Backlink\ SEO-Ping Check Page Rank Backlink - OhDunia.my Active Search Results