Friday, 11 September 2015

Doa Pagi Jumaat

Assalamualaikum dan salam Jumaat penuh baraqah..Syida rasa macam sekejap sangat masa berlalu..Jumaat berganti Jumaat dan seterusnya..betulkan?


Syida ni suri rumah dan duk di rumah menjaga anak yang berusia setahun..Tengok Aqeef dah pandai macam-macam dah sekarang lagi la rasa macam cepatnya masa berjalan..

Hari ni Syida nak share Doa Pagi Jumaat yang mana di share oleh abah Syida di group whataps family kami..Semoga sama-sama kita aminkan dan semoga doa ini bermanfaat untuk kalian yang membaca..aamiin..


Doa Pagi Jumaat

"Ya allah, di pagi Jumaat yang mulia ini, ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa ibubapaku, seluruh ahli keluargaku, saudara-saudaraku, sahabat-sahabatku, dan seluruh umat islam.
Panjangkanlah umur kami.
Kurniakanlah kami keselamatan dan kesihatan yang baik.
Tunjukkanlah kami jalan yang benar.
Berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat. Dan masukkanlah kami ke dalam syurgamu.aamin."


No comments:

Post a Comment

Followers

sila klik kat sini ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
CK Free Auto Backlink\ SEO-Ping Check Page Rank Backlink - OhDunia.my Active Search Results