SELAMAT DATANG KE ALAM KEHAMILAN

Bismillah...Assalamualaikum..:)

Hari ni Syida nak cerita pasal kehamilan. Semoga bermanfaat kepada ibu dan juga bakal-bakal ibu di luar sana..:)

=========================================================================

Mengetahui bahawa kita hamil adalah saat yang amat mengembirakan bagi kita, suami dan keluarga.


Walau bagaimanapun, kita mungkin mempunyai pengalaman dan masalah yang berbeza dengan wanita lain semasa hamil.

Jadi pelbagai persoalan yang bermain difikiran kita, sama ada pertama kali atau sudah berpengalaman.

Oleh sebab itulah, nasihat dan petunjuk sentiasa diharapkan bagi melahirkan bayi yang sihat dan selamat.

PERUBAHAN FIZIKAL SEMASA HAMIL

♥Warna pada sekeliling puting payudara menjadi lebih gelap

♥Timbul garisan tegak berwarna gelap pada perut (linea nigra)

♥Lain-lain seperti kulit kelihatan lebih gelap, jerawat dan rambut kelihatan lebat

Perubahan ini hanyalah sementara dan tidak membahayakan.. Ia akan hilang selepas kita bersalin..

PENJAGAAN KEHAMILAN..

Terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan ketika kita hamil antaranya:

♥ pakaian
♥ ubatan
♥ rehat
♥ kebersihan diri
♥ penjagaan payudara
♥ penjagaan emosi
♥ penjagaan kebersihan mulut

Pakaian

-pakaian yang longgar dan selesa amat sesuai semasa hamil

-pastikan kasut juga selesa, elakkan kasut yang bertumit tinggi dan tapak kasut yang mengcengkam untuk mengelakkan daripada jatuh

Ubatan

-tidak semua ubat boleh diambil oleh ibu yang sedang hamil.. Kita perlu mendapat nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat

-Adalah lebih bagus ibu yang sedang hamil mengambil vitamin tambahan iaitu asid folik, zat besi, vitamin C dan B complex.

Rehat

-ibu yang sedang hamil perlu berehat secukupnya bagi mengekalkan tahap kesihatan ibu dan tumbesaran bayi dalam kandungan.

Kebersihan diri 

-ibu hamil perlu menjaga kebersihan diribagi mmengelakkan jangkitan terhadap ibu dan baby dalam kandungan, khususnya kebersihan di bahagian sulit.

Penjagaan Payudara

-Cara yang terbaik untuk menjaga payudara ialah mencuci puting payudara dengan air bersih dan memakai coli yang sesuai dan selesa. 

Penjagaan Emosi

-Ibu atau bakal ibu yang sedang hamil perlulah sentiasa berfikiran positif dan banyak membaca. Emosi yang terjejas, boleh menjejaskan kesihatan ibu dan juga baby dalam kandungan.



Penjagaan Kebersihan Mulut

-Gunakan flos gigi dan berus gigi sehingga bersih setiap hari selepas makan dan sebelum tidur

-Pilih berus gigi yang lembut dan ubat gigi yang mengandungi fluorida

-Elakkan memberus gigi sebaik sahaja muntah. Bersihkan mulut dengan berkumur. Tunggu 30 minit sebelum memberus.

-Ibu-ibu mengandung digalakkan membuat lawatan awal ke klinik pergigian untuk mengatasi sebarang masalah pergigian.

-Kebersihan mulut yang tidak dijaga semasa mengandung meningkatkan lagi risiko masalah gusi dan karies gigi.

-Risiko mendapat penyakit pergigian meningkat semasa hamil kerana ibu mengalami:

→ perubahan hormon menyebabkan gusi lebih terdedah kepada jangkitan dan kadangkala mulut menjadi kering

→Alahan dan kerap muntah mengakibatkan gigi terdedah kepada asid perut mungkin menyebabkan gigi terhakis dan haus.

→Perubahan cara pemakanan akibat alahan sering kali meningkatkan kekerapan pengambilan makanan.

Semoga ilmu ini bermanfaat untuk anda!! :)


Untuk info dan order produk shaklee;

~Nurul Syahida~
  013 921 2767  

your trusted Shaklee Distributor :)
Pengedar Shaklee Berdaftar yang KOMITED!

2 Comments

  1. Tq syida...

    Bab kesihatan mulut tu penting sgt walaupun ramai yang ambil mudah je..ena waktu awal2 masuk 3rd trim, kene infection pada tonsil..alhmdulillah..pengambilan vita C dan oste bantu pulih tanpa ubat;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ena...mmg sangat2 penting... :) ingat lagi Syida sampai kene cabut sebatang gigi mase preggy..Allahu...in Shaa Allah kalau ade rezeki preggy lagi mesti makan ostematrix setiap hari.. :)

      Delete
Post a Comment
Previous Post Next Post