Info Hamil : Makan Sedikit Tetapi Kerap


Assalamualaikum dan salam kemerdekaan semua! Semangat patriotik la pulak di bulan Ogos ni..hihi :) Jum baca sedikit info hamil di bawah. Enjoy! :)







Rasa pedih ulu hati di kalangan wanita hamil biasanya melibatkan keadaan di mana kita terasa makanan yang di ambil sebelum itu, tetap berada di kerongkong sedangkan sudah lama kita menelannya.

Hal ini dipercayai berpunca daripada asid yang terkumpul dalam perut naik ke kerongkong kerana bahagian perut tertekan apabila hamil semakin membesar atau perut semakin ke depan dan bayi yang dikandung semakin membesar dengan jihat dan jayanya. :)

Oleh sebab itu, kita selalu dinasihatkan untuk makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap.

Untuk itu, pecahkan jumlah makanan tiga hidangan utama yang biasa di ambil kepada lima bahagian yang kecil agar ruang perut tidak terlalu penuh pada satu-satu masa. Dengan memecahkan jumlah hidangan kepada bahagian yang kecil dapat membantu kita untuk mengurangkan tahap pedih hulu hati..

Syida pun ade pengalaman kena pedih ulu hati tau. Nanti Syida share di lain entry ya.. Stay tune! :)


2 Comments

Post a Comment
Previous Post Next Post