RESIPI DAGING KAPRAU

Bismillah...Assalamualaikum dan Salam Jumaat untuk semua! :)


Hari ni Syida plan nak masak daging kaprau ni walaupun tak cukup bahan sangat...tp tengok pada resipinya macam senang aje kan...hihihi...



Yang penting ada daging kan..hahaha..kalau tak de daging kena tukar la nama resipi ni...kwang3x..Tengok2 dia punya resipi ni Syida tak ada 2 bahan iaitu

sos cili thai dan
daun limau purut..Kalau rajin kan Syida keluar pergi cari barang kat kedai dan kalau kurang rajin Syida campak je la apa yang ada kat dalam rumah ni kaaannn...hihi..


Ok jum kita tengok resipinya ya...:) Resipi ni Syida ambil di FB "Legacy Secret Trading". Kang da siap versi Syida, I will tempek picture here la kata orang Terengganu...hihi.. Here we go!!! :)





Resepi Daging Kaprau

Bahan-bahannya:


Daging yg telah diperap dgn Pes Tomyam Adabi selama setengah jam

Bwg besar yg dipotong 8 (asingkan separuh-separuh)

Cili api yang ditumbuk

Sesudu sos cili thai dan sesudu kicap manis

Daun limau purut (dihiris kasar)

Sedikit gula


Cara-cara membuatnya:

1. Tumis separuh bahagian bwg besar dan cili api sehingga garing.

2. Kemudian, masukkan daging yg telah diperap, masakkan sampai daging kecut dan air daging pun dah kering

3. Lepas tuh, masukkan sos cili thai, kicap manis dan daun limau purut, kacau rata

4. Masukkan sedikit gula.... Dah siap.... smile emoticon



Semoga bermanfaat untuk semua...Siapa dah pernah cuba boleh la komen di sini...hihihi... :)



With Love,
~nurul syahida~
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post